05 October 2010

Kecantikan Universal

6 tahun menceburi bidang kerjaya mengkhusus pada komunikasi dan perhubungan awam, banyak mendedahkan saya kepada erti kecantikan seorang wanita di mata lelaki. Subjektif? benar, mengikut selera masing-masing. Tapi apa yang bakal anda baca, mungkin akan mengubah pandangan anda terhadap kecantikan buat selamanya.

Sering saya tekankan kepada rakan-rakan cantik itu hanyalah bonus (bulih?) Hidung mancung, tinggi lampai, ikal mayang, montok adalah merupakan definisi kecantikan lumrah, namun hakikatnya, itu hanyalah bonus kepada wanita yang memilikinya. Fitrah manusia yang sentiasa mencari kesempurnaan kerap mengundang stress kepada wanita, ditambah pula dengan tekanan dan sogokan daripada imej-imej cantik ideal daripda media massa. Kurus, tinggi, sexy.. ditambah pula dengan ‘bad couple-relationship yang sedia ada’ OMG, aku stress!

Anda mungkin sudah biasa mendengar, melihat & mengalami sendiri rakan-rakan adam anda membuat komen-komen (belum lagi lirik & ekor matanya yang mengekori) nakal kepada seorang wanita total stranger - ‘eh lawa siut..’ – walhal kita sendiri tidak tahu lawa tang mana.. hehe.. tiada yang outstanding padanya di mata kita. Betul, cuba lihat (atau tanya) dari sudut pandangan lelaki, anda pasti tahu dimana kecantikannya: tawa sopannya, gerak gerinya, lirik matanya, senyumannya, manis bahasanya dan yang pasti kulitnya yang gebu dan glowing (tetap promote hehe).. kenyataan yang pahit ditelan, lelaki akan sentiasa memerhatikan mereka yang gebu kulitnya, dan barulah kecantikan bodynya (ikut taste memasing ye).. dan jika menepati citarasanya mungkin akan memasang niat untuk mengenalinya.. (lulus evaluation pertama),

Jika evaluation pertama sudah lulus bagi si adam, kini step kedua pula. Dia akan memerhatikan dan mendalami ‘jiwa’ si dia (anggaplah si dara sudah terbeli ‘minyak’ si abang..hehe) penilaian akan dilakukan melalui isi perbualannya, gerak gerinya, budi bahasanya, tawa lembutnya..yes, takes time, mybe 2-3 tahun, dan jika lulus.. walimatulurus le jawabnye.

Sifat dan sikap penyayang, smart, lemah lembut, manja yang natural serta sentiasa memastikan dirinya wangi dan terurus, pandai bergurau & mengambil hati pasangan, pandai merias dan menjaga kecantikan kulit, kebersihan & kesihatan diri,  baik hati dan sopan santun, semua ini tiada kena mengena dengan kecantikan fizikal, namun kebenarannya, inilah kecantikan universal yang dicari oleh setiap adam di bumi ini, yang akan sentiasa merinduimu, memuja diri mu hingga ke akhir hayat.

P/s: Jangan terpengaruh pada lagu neyo- beautiful monster - percayalah tiada lelaki yang inginkan raksasa (bersikap ganas, pemarah, tejerit-telolong, jahat, kejam etc..) yang cantik sebagai teman hidupnya...kih3x

Ikhlas – aerin.johan@gmail.com