21 October 2010

Abadikan Seri Pengantinm

Oleh Aerin Gabor, ditujukan kepada bakal-bakal ratu sehari.
'Demi cinta & ikatan suci, semoga berkekalan sepanjang hayat'
24 sept 2010
email:    aerin.johan@gmail.com
Ini kerana dalam setiap majlis perkahwinan, pengantin perempuanlah menjadi tumpuan lensa kamera, mahupun mata tetamu majlis.


Persiapan diri sebelum melangkah ke alam perkahwinan amat penting buat bakal pengantin, lebih-lebih lagi pengantin perempuan.  Ini kerana dalam setiap majlis perkahwinan, pengantin perempuanlah menjadi tumpuan lensa kamera, mahupun mata tetamu majlis.
Memilih konsep majlis atau perkhawinan kebiasannya diserahkan kepada bakal pengantin perempuan.

Peredaran masa dalam perkembangan fesyen perkhawinan tempatan memberikan pelbagai pilihan gaya untuk bakal pengantin, kadang kala juga, kepelbagaian pilihan ini menjadi suatu bentuk ‘stress’ kepada bakal ratu sehari. Masa akan banyak dihabiskan dalam merancang majlis perkhawinan, oleh itu, pengantin perempuan seringkali mengabaikan kesihatan dan kecantikan diri dari dalam. Solekan tebal yang dikenakan oleh mak andam pada hari perkhawinan tidak dinafikan boleh menyembunyikan lingkaran lesu bawah mata, mahupun memberi sedikit seri pada wajah yang lesu, tetapi akan dapat dikesan oleh mata kasar tetamu, dan ini akan lebih jelas apabila gambar perkhawinan siap dicetak kelak.

Penjagaan rapi perlu dilakukan untuk memiliki kulit dan badan yang cantik,  Kemunculan pelbagai jenis rawatan kulit untuk bakal pengantin seperti mandi lulur, mandi susu, dan sebagainya adalah antara rawatan yang biasa didengar untuk mendapatkan seri dihari berlangsungnya majlis. Namun tidak ramai yang mengutamakan rawatan kecantikan dari dalam untuk kelihatan lebih menawan di hari persandingan. Petua mengamalkan jamu untuk kekal sihat dan cantik bagi bakal pengantin mungkin biasa didengar sebelum menjejak melinium dan melalui kecanggihan teknologi kini memudahkan kita untuk menikmati amalan ini dalam bentuk yang mudah dan praktikal.

Selain mengamalkan diet yang seimbang untuk memperolehi bentuk badan dan kulit sihat berseri, makanan tambahan seperti vitamin dan nutrisi penting perlu dititik beratkan, terutamanya kepada bakal pengantin yang tinggal di kota yang dipenuhi dengan pencemaran dan stress. Tablet kesihatan dan kecantikan Tathion Tab misalnya, dapat melindungi sel badan daripada ancaman-ancaman persekitaran yang akan membuatkan kulit kusam dan tidak bermaya. Selain itu, tablet ini juga memberikan faedah kecantikan kulit dengan mencerahkannya, memberikan sinar dan seterusnya menaikkan seri kulit dengan sepantas 3 minggu. Penggunaan yang berterusan dapat melambatkkan proses penuaan kulit, dengan faedah nyahtoksin dan sifat melawan radiasi bebasnya. Faedah kepada sel-sel manusia juga dapat memberikan kesihatan yang berpanjangan.

Maklumat lanjut berkenaan tathion Tab klik link dibawah:
http://www.wanitamelayu.com/forum/showthread.php?t=32849

Tablet kecantikan yang dihasilkan daripada L- Glutathione* gred perubatan tertinggi  ini mampu memberikan anda kecerahan dan seri/glow kulit yang amat ketara, selain dapat mengurangkan jerawat, parut jerawat dan tompok hitam, melambatkan penuaan kulit, mengecilkan liang roma, meningkatkan elastik dan kehalusan kulit. Kesan kecantikkan kulit dapat dilihat seawal 3 minggu pengambilan tablet ini. kulit akan menjadi lebih cerah, halus dan bercahaya. Ia juga menyeratakan warna kulit seluruh badan. Pigmentasi berlebihan seperti bintik-bintik gelap, parut dan melasma juga dapat dikurangkan secara dramatik. Pengambilan yang berterusan pula terbukti dapat memelihara fungsi tubuh selain melambatkan proses penuaan.

*Glutathione adalah merupakan asid amino yang dihasilkan badan manusia melalui hati dan berfungsi sebagai antioksidan, membantu untuk mengelakkan kerosakan radikal bebas pada sel-sel manusia. Glutathione penting untuk membuat DNA, protein, dan zat lain dalam tubuh. Glutathione membantu menyingkirkan karsinogen (sebatian penyebab kanser) dan toksin selain penting untuk fungsi kekebalan tubuh. Beberapa makanan sepeti buah-buahan, sayuran, dan daging juga mengandungi glutathione.

Menjaga kesihatan dan kecantikan dari dalam amat penting untuk mendapatkan kulit, fizikal dan wajah yang berseri seri, bukan sahaja khusus untuk majlis perkhawinan, malahan untuk sepanjang hidup seorang wanita – demi cintamu kepada keluarga, suami & anak-anak.

Model: Emma Emilio Escobar & pasangan